Welcome

well , want to know me?

My photo
Hye.... I'm quite blur person, i create this blog just for fun, and sharing some information that i know in this world or something from the outside of our world, Don't ever comment a sensitive issues on my blog, my blog are only for open minded person that can accept the truth hahaha.. And I'll not post a constant post.. what i mean is i will not post about that one thing for the rest of this blog life.. hehe..

When I'm On d net

Followers

Check This Out!!

Thursday 1 August 2013

Luahan Minda Tertekan Di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ,
kali ni saya nak meluahkan isi hati saya di blog milik saya ini , mungkin ada berkaitan dengan pendapat peribadi jadi saya minta maaf atas apa yang saya akan katakan
berkenaan tajuk saya kali ini, saya bukan nak mengulas pasal kebaikan pasal bulan ramadhan sahaja, tapi lebih kepada pendapat peribadi saya yang melibatkan peraaan sedih, bukan juga pasal video2 yang menghina Islam, itu memang cukup menyakitkan hati, tapi biarlah undang2 yang menentukan , saya hanya mampu bersabar,
berbalik kepada cerita yang saya ingin sampaikan ,
saya kurang merasakan puasa di sini, kerana mungkin faktor jauh dari keluarga, namun itu bukan isu utama di sini, apa yang saya ingin sampaikan, suasana di ini (kuala Lumpur) sungguh menyedihkan bagi saya, saya tidak dapat mengubah apa2, cuma mampu bersabar dengan dugaan, bermacam2 dugaan saya lalui di sini, pertama sekali adalah pandangan mata, anda mesti faham dengan situasi ini, yang selebih nya saya tak nak luahkan semua, cukup ini sahaja,
dan ada satu lagi yang buat saya cukup terharu, saya rasa edih sedikit, semaa saya di dalam bas saya ternampak seorang amil zakat , yang kira sudah lanjut juga usia nya dalam 50-an disebuah taman perumahan duduk dibawah khemah payung tepi pokok Jalan utama perumahan tersebut, saya tak pernah melihat begini, namun di sini , ia mungkin perkara biasa, saya terfikir, kenapa tidak amil ditempatkan di perkarangan surau perumahan itu, untuk keselesan beliau, mungkin beliau tidak kisah duduk di bawah khemah, tapi apa salahnya pengurusan kawasan perumahan itu membenarkan amil ni menjalankan tugas kat tempat yang sesuai sedikit, balairaya pun apa salah nya, ini tidak, di bawah khemah payung  dengan meja dan kerusi plastik, di bawah panas tepi jalan raya yang ada risiko najis, kasihan beliau

# bagi anda apa yang saya luahkan ini perkara kecil , tak mengapa, saya cuma meluahkan isi hati saya, sebab di kampung saya, amil di tempatkan di tempat yang sesuai seperti surau, ataupun balairaya, paling tidak pun khemah yang lebih besar dan tempat yang tidak di ragui kebersihan nya#

Sekian

No comments:

Post a Comment